top of page

Tarian Sumazau sudah terkenal di Malaysia kerana ianya sering dipersembahkan dalam upacara-upacara atau majlis-majlis kesenian. Tarian ini merupakan tarian rakyat negeri Sabah terutamanya masyarakat dari etnik Kadazan yang terkenal di Daerah Penampang. Tarian Sumazau Penampang adalah tarian tradisional etnik Kadazan. Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan upacara pemujaan semangat padi (Bambarayon). Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penari lelaki dan perempuan mula menari dengan irama yang lembut dan perlahan mengikut paluan Gong. Dengan "Pangkis" dari penari lelaki biasanya akan menandakan pertukaran corak tarian yang akan dilakukan. "Pangkis" dari pihak lelaki akan lebih memeriahkan lagi suasana persembahan tersebut.

Tarian Sumazau

Sejarah

TARIAN SUMAZAU

bottom of page