top of page

ASAL USUL ETNIK KADAZAN

​​Pada masa dahulu masyarakat kadazan merupakan etnik paling besar yang menetap di negeri Sabah. Menerusi sejarah lisan etnik kadazan asli datangnya daripada komuniti Tolingting yang berasal daripada kawasan yang dikenali sebagai Nunuk Ragang (Pokok Merah). Kawasan Nunuk Ragang terletak di Tompias En Route iaitu di antara jalan Telupid dan Sandakan. Kebanyakkan etnik Kadazan ini mengerjakan aktiviti seperti pertanian, memburu binatang dalam hutan dan juga mengumpulkan hasil-hasil hutan. Mereka berkomunikasi hanya dalam satu bahasa dan pada akhirnya mereka telah membentuk dan membuka kawasan yang besar untuk dijadikan sebagai penempatan yang tetap kira-kira diantara abad 1200-1400an. Dengan penempatan yang maju dan tanah pertanian kian dibuka dengan besar serta jumlah penduduk bertambah dimana penduduk-penduduk ini dikawal oleh ketua kampung. Selepas beberapa tahun telah berlalu masyarakat Nunuk Ragang telah lama tidak berhubung. Hal ini disebabkan oleh perhubungan yang tidak dapat dielakkan oleh kawasan pergunung atau tanah tinggi yang terdapat di Sabah ini. Akhirnya perkampungan baru telah dibuka dan berganda serta sub puak yang asalnya Nunuk Ragang baru juga terbentuk. ​

​Pangilan Kadazan pula mula menjadi popular di Sabah pada sekitar tahun1950-an. "Kadazan" membawa maksud pekan, kedai dan juga konotasi "orang progresif". (Low Kok On & Sri Ningsih Sukirman,2009)

 

 

ASAL USUL ETNIK KADAZAN

bottom of page