top of page

Pakaian Untuk Tarian Sumazau

Baju Kadazan Untuk  Penari Wanita

Buat daripada bagi wanita, mereka memakai tapi iaitu kain sarung yang diperbuat daripada kain baldu hitam atau kain biasa yang dihias dengan butang betawi yang diperbuat daripada tembaga dan benang emas yang cantik. Ianya berpotongan seperti kain kebaya iaitu dipotong 3 keping berbelah di bahagian depan dan juga disekeliling bawah punggung dan kaki kain. Mereka juga memakai baju tanpa lengan yang dipanggil sinuangga. Sinuangga ini adalah sejenis baju blaus lengan pendek dan leher berbentuk U. Ianya mempunyai sulaman yang berwarna Suramdi sepanjang lubang kepala dan lengan. Selanjutnya...

Baju Kadazan Untuk Penari Lelaki

Golongan lelaki biasanya mengayakan baju berlengan panjang yang dipanggil Gaung dan diperbuat daripada kain baldu hitam yang ditekatkan dengan benang serta manik-manik yang berwarna keemasan yang dipanggil Linda. Terdapat juga butang perak atau emas yang dipanggil Labuan. Seluar mereka pula dikenali sebagai Sauva yang diperbuat daripada kain baldu hitam yang ditekat dengan benang emas dan merah. Di bahagian atad seluar disambung dengan kain putih dipanggil tepua. Mereka juga memakai sigah (topi) yang kebiasaanya diperbuat daripada sejenis kain dastar yang ditenun dengan benang emas dan dijadikan tanjak. Kain yang dibentuk 4 segi tepat ini dihiasi pula dengan renda-renda keemasan dibahagian tepinya disebut sebagai siling.Selanjutnya...

Aksesori Untuk Penari Sumazau

Sigah: Topi yang dipakai oleh lelaki yang diperbuat daripada kain dastar yang ditenun dengan benang emas dan dijadikan tanjak. Ia dibentuk 4 segi tepat dan dihiasai dengan renda-renda keemasan dibahagian tepinya yang dikenali sebagai siling.

Himpogot: Tali pinggang yang diperbuat daripada duit perak. Biasanya tiga dipakai bergantung kepada kekayaan pemakai iaitu satu di keliling pinggang dan dua lagi di atas dan dibawah tali tangkong.

Tangkong: Tali pinggul yang diperbuat daripada 84 gelang tembaga berukir. 3 tangkong dipakai bersama diikat dengan tali ratan merah. Tali ini digunakan oleh wanita yang belum berkahwin. Tali ratan Hitam digunakan untuk wanita yang sudah berkahwin.

Titimbak: Pin Rambut digunakan untuk menghias dan mengetatkan sanggul.

PAKAIAN UNTUK TARIAN SUMAZAU

bottom of page