top of page

ASAL USUL TARIAN SUMAZAU

Asal Usul Tarian Sumazau

"Sumazau" berasal daripada kata akar "sazau" yang bermaksud lompatan. Pada asalanya, tarian sumazau bermula dengan lompatan kecil mengikut cara pergerakan unggas berjalan di atas tanah. Tarian Sumazau ini tidak dipengaruhi mana-mana budaya. Menurut ahli seni tari, Tarian Sumazau sememangnya telah wujud sebelum datangnya pengaruh luar. Ragam gerak Sumazau yang merupai pergerakan burung adalah berkaitan rapat dengan kepercayaan masa silam etnik Kadazan. Mereke percaya bahawa roh Kinomulok iaitu dewi yang dikorbankan telah menjelma dalam bentik bambarayon (semgat padi). Bambarayon ini adalah sejenis burung layang-layang yang berjambul binatang ini tidak memakan padi malah sering dilihat berterbangan di kawasan sawah padi. (Low Kok On & Sri Ningsih Sukirman, 2009)

Fungsi Tarian Sumaz​auu

Tarian Sumazau mempunyai fungsi ritual dan berkait dengan kepercayaan animisme masyarakat etnik Kadazan. Tarian ini kebiasaannya ditarikan dalam upacara ritual pengubatan, kesuburan serta sebagai hiburan bagi orang Kadazan. Tarian ini juga dikenali sebagai tarian rakyat kerana telah diamalkan sejak etnik Kadazan mengamalkan kepercayaan animisme sehingga tarian ini diwarisi secara turut-temurun dari generasi ke generasi yang lain. Selain itu, Tarian ini berkait rapat dengan salah satu upacara ritual yang dikenali sebagai " Magavau". Magavau merupakan 1 upacara untuk melakukan semangat dan roh di alam sekeliling. Tambahan lagi, magavau sering dijalankan pada setiap bulan Mac dan diikuti dengan paluan gong sebagai simbol rasa kesyukuran etnik Kadazan. Bobohizan akan memegang sebilah pedang yang melambang kan kekuatan upacara etnik Kadazan. Namun pada masa kini, Tarian Sumazau tidak hanya dikaitkan dengan upacara ritual tetapi juga berfungsi sebagai  hiburan. ( Low Kok On & Sri Ningsih Sukirman,2009)

Terdapat perbeazaan persembahan Tarian Sumazau pada masa dahulu dan kini iaitu dari segi perbezaan ragam gerak tari, pola lantai, kostum dan solekan.

 

bottom of page