top of page

Gendang

Gong

Permainan muzik tradisional amat penting dalam masyarakat sesuatu etnik. Matlamat utama penciptaan muzik adalah untuk melambangkan identiti sesuatu etnik yang tersendiri dan sebagai alat bagi mengukuhkan perpaduan. Kebanyakkan alatan muzik di Sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli yang diambil daripada alam semulajadi seperti buluh, kulit kambing dan kayu lembut. Antara alatan muzik yang sering digunakan dalam Tarian Sumazau seperti Gong dan Gendang. Sompotan pula merupakan lambang atau simbol alatan muzik Sabah.

​Gong adalah merupakan tulang belakang dalam dalam kebanyakkan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial. Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan etnik setempat. Gong  diperbuat daripada tembaga dimana ia berbentuk bulat dan ditengahnya terdapat satu benjolan yang dikenali sebagai Bubud iaitu tempat untuk dipalu dengan menggunakan pemukul gong. Dalam Tarian Sumazau, Gong terdiri daripada 8 buah dimana setiap gong mempunyai berlainan saiz dan kedudukannya. Gong yang paling kecil menghasil kan bunyi yang tinggi, manakala gong yang besar akan menghasilkan bunyi yang rendah. 8 gong tersebut diberi nama Koritikan/Sarakan, Loposon, Kuribadon, Kutowon, Tagung/Tuluriu, Tagung/Tulurui 2, Toong-Toongon dan ahkirnya Polombusan.

Alatan Muzik

Gendang ini akan dimainkan bersama dengan Gong. kadang-kala, Gendang akan dipukul terlebih dahulu dan seterusnya diikuti dengan paluan gong-gong. Gendang juga sering dipukul bersama kayu lembut untuk menyeragamkan irama. selain itu, permukaan gendang, diperbuat daripada kulit kambing.

Pemukul Gong diperbuat daripada kayu ringan. Selain itu, kayu tersebut akan dipendekkan dan pada kepala kayu tersebut akan dililit dengan skrap atau getah hitam.

Pemukul Gong

ALATAN MUZIK

bottom of page